Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cadang diskaun 20 peratus tol jambatan kedua  kepada penduduk Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 16/11/2018




GEORGE TOWN, 16 Nov (Bernama) -- Seorang wakil rakyat kerajaan hari ini mencadangkan agar diskaun sebanyak 20 peratus diberikan kepada penduduk Pulau Pinang di tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muádzam Shah (JSAHMS).

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun, Goh Choon Aik berkata diskaun itu harus diberikan kepada penduduk Pulau Pinang sepertimana yang dinikmati penduduk negeri itu di Jambatan Pulau Pinang (jambatan pertama).

"Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan diskaun ini sepertimana di Jambatan Pulau Pinang, penduduk negeri ini menikmati diskaun 20 peratus dari RM7 kepada RM5.60 sahaja untuk bayaran tol," katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari ketika menjawab persoalan itu berkata ia satu cadangan yang baik namun kuasa untuk melaksanakannya bukan di bawah Kerajaan Negeri.

"Perbincangan lanjut perlu dilakukan antara Kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi. Kerajaan  Negeri boleh mencadangkan perkara ini, tetapi bukannya membuat keputusan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel