Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 100,000 anjing di Sarawak telah divaksinasi


Tarikh kemaskini: 14/11/2018





KUCHING, 14 Nov (Bernama) -- Sejak kawasan pertama terjejas wabak rabies diwartakan di Serian, kira-kira 110,000 ekor anjing di seluruh Sarawak telah divaksinasi setakat ini, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sasaran kerajaan negeri ialah memvaksin sekurang-kurangnya 70 peratus daripada 220,000 ekor anjing di negeri itu bagi mengekang penularan seterusnya wabak rabies.

Sebanyak RM20 juta telah dibelanjakan untuk pelbagai program dan kegiatan bagi mengawal serta membasmi rabies di negeri ini, kata Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika sesi penggulungan.

Katanya peruntukan tambahan berjumlah RM22.8 juta telah diluluskan bagi meneruskan program mengawal dan membasmi rabies tahun depan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel