Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

15,152 pegawai, anggota bersedia hadapi banjir - Uggah


Tarikh kemaskini: 14/11/2018




KUCHING, 15 Nov (Bernama) -- Sarawak kini sudah bersedia termasuk meletakkan 15,152 anggota pasukan keselamatan dan penguat kuasa dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana khususnya banjir pada musim tengkujuh ini.  

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri  Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata selain itu, sebanyak lima helikopter, lima dron, 172 lori, 549 kenderaan pacuan empat roda, 283 bot serta 109 ambulans disediakan untuk tujuan sama.   

“Sebanyak 610 pusat pemindahan yang boleh memuatkan 203,960 orang juga telah bersedia untuk dibuka di seluruh Sarawak. Jabatan Kebajikan  Masyarakat  juga telah menyediakan 16 buah pangkalan hadapan di bahagian Kuching, Kapit, Bintulu dan Miri,” katanya.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Katanya untuk memastikan pengurusan bencana banjir kali ini lebih teratur dan berkesan, agensi yang bertanggungjawab telah menganjurkan kursus penggunaan sistem pengurusan bencana negeri.

“Kursus ini telah dihadiri oleh wakil semua daerah. Semua pegawai daerah  dikehendaki memasukkan data-data bencana ke dalam sistem supaya maklumat banjir secara ‘real-time’ dapat diperoleh pada bila-bila masa dan bantuan segera dapat disampaikan kepada mangsa dengan lebih efektif,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel