Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pendapatan eksport kayu Sarawak merosot kepada RM3.58 bilion bagi tempoh Jan-Ogos


Tarikh kemaskini: 13/11/2018




KUCHING, 13 Nov (Bernama) – Sektor kayu di Sarawak mencatatkan pendapatan eksport sebanyak RM3.58 bilion bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Awang Tengah, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua, berkata jumlah itu merosot sebanyak 14 peratus berbanding RM4.17 bilion dalam tempoh sama pada 2017.

“Lima pasaran utama untuk produk kayu Sarawak ialah Jepun, India, Korea Selatan, Timur Tengah dan Taiwan,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat kementeriannya mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata penurunan itu disebabkan pengurangan bekalan bahan mentah dan ketidakupayaan kilang sedia ada untuk memproses bahan mentah serta permintaan perlahan daripada pasaran utama.

Bagi memastikan bekalan bahan mentah, katanya kerajaan negeri akan memastikan pengeluaran balak tahunan daripada hutan perindustrian meningkat kepada sekurang-kurangnya dua juta meter padu untuk memenuhi kekurangan balak daripada hutan semula jadi.

Awang Tengah berkata kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan pembangunan industri perabot mampan, terutamanya pertumbuhan produk nilai tambah termasuk pembuatan perabot.

Pengeluar tempatan perlu menggunakan peralatan yang sesuai sejajar dengan perubahan jenis bahan mentah yang boleh didapati sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan industri kayu, katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel