Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kilang kerajang tembaga Iljin siap pada Disember


Tarikh kemaskini: 13/11/2018




KUCHING, 13 Nov (Bernama) -- Pembinaan kilang kerajang tembaga Iljin Materials Malaysia Sdn Bhd di Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya di sini dijadual siap Disember ini, Dewan Undangan Negeri Sarawak diberitahu hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Iljin merancang untuk memulakan fasa kedua projek tersebut untuk memenuhi permintaan pasaran yang kukuh bagi produknya.

"Pembinaan kilang berkenaan bermula pada awal Januari lepas," katanya ketika menggulung perbahasan kementeriannya mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2019.

Awang Tengah, yang juga Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan merangkap Menteri Kedua bagi Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, berkata pengambilan pekerja telah dimulakan dan Iljin berharap untuk mengambil 144 orang, terdiri daripada 10 jurutera, sembilan kakitangan pengurusan dan 125 pengendali/ juruteknik menjelang akhir tahun.

Selain Iljin, beliau berkata, LONGI Group juga merancang untuk mengembangkan kemudahannya di Sama Jaya dengan melabur RM820 juta lagi untuk pengeluaran sel silikon monohabluran.

Awang Tengah berkata, pengembangan itu akan mewujudkan 800 lagi pekerjaan di Sama Jaya.

"Secara keseluruhannya, Sama Jaya kini mempunyai tenaga kerja seramai 11,600 di mana 98 peratus adalah penduduk tempatan," katanya, sambil menambah bahawa Sama Jaya menjana upah bernilai RM380 juta dan nilai eksport RM3.2 bilion pada tahun lepas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel