Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perjanjian dengan syarikat kontraktor air di peringkat akhir - Peter


Tarikh kemaskini: 13/11/2018




KOTA KINABALU, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Infrastruktur Sabah kini dalam peringkat akhir untuk meneliti semula perjanjian bersama kontraktor air yang dibuat sebelum ini bagi mengurangkan kos yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri kepada syarikat yang terlibat.

Menterinya Datuk Peter Anthony berkata sebanyak enam buah syarikat yang menandatangani kontrak itu selama 20 tahun untuk mengurus bekalan air tidak mampu menyelesaikan masalah air yang dihadapi di negeri ini.

"Sekiranya kontraktor yang dilantik ini diambil atau diselia oleh kementerian, kita boleh mengurangkan jumlah kos yang diberikan kepada kontraktor itu sehingga RM1 bilion," katanya  pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Masiung Banah (UPKO-Kuamut) yang ingin tahu perancangan kerajaan baharu berhubung perjanjian syarikat kontraktor air yang dibuat di bawah kerajaan terdahulu.

Peter berkata syarikat berkenaan yang mengendalikan sebanyak 58 loji tidak mengeluarkan kos perbelanjaan sebaliknya ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri yang perlu membayar sebanyak RM15.5 juta sebulan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan daripada Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Tambunan) Peter berkata cadangan tapak pembinaan Empangan Kaiduan, Papar kini juga di peringkat akhir manakala semua empangan di setiap daerah termasuk Keningau akan ditambah baik.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel