Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kawalan keselamatan di Sabah perlu terus dipertingkat walaupun terdapat kekangan - Mohd Shafie


Tarikh kemaskini: 13/11/2018





KOTA KINABALU, 13 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta agar pihak berkuasa khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) terus mempertingkatkan kawalan keselamatan di negeri ini terutamanya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau berkata walaupun terdapat pelbagai kekangan termasuk keupayaan tenaga dan kewangan yang terbatas, namun usaha meningkatkan kawalan keselamatan perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan di negeri ini terus terjamin.

"Hari ini semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah diberi taklimat tentang keadaan keselamatan di Sabah daripada ESSCom dan pada taklimat ini kita telah diberi penerangan mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keadaan keselamatan di Sabah terus terkawal terutamanya di kawasan pantai timur Sabah.

"Dalam taklimat ini saya juga meminta semua pihak berkuasa khususnya ESSCom agar sentiasa berusaha mempertingkatkan kawalan walaupun ada kekangan yang dihadapi," katanya kepada pemberita selepas taklimat itu di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Taklimat yang berlangsung kira-kira sejam bermula 9 pagi itu turut dihadiri ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew, serta Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai isu larangan penggunaan bot pam di perairan Sabah, Mohd Shafie berkata larangan berkenaan masih berkuat kuasa khususnya kepada pengguna warga asing.

Pengharaman bot pam itu dikuatkuasakan pada April 2016 khususnya bertujuan mengekang  penggunaan bot tersebut oleh warga asing dalam usaha meningkatkan keselamatan di kawasan perairan ESSZone.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel