Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Guna pendekatan keterangkuman tangani 10 isu sosial - Fatimah


Tarikh kemaskini: 12/11/2018





KUCHING, 12 Nov (Bernama) – Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak menggunakan pendekatan keterangkuman dalam menangani 10 isu sosial semasa, kata menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Sepuluh isu berkenaan ialah penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang; kehamilan remaja; perkahwinan dan penceraian; jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita; keganasan rumah tangga; penyakit jangkitan kelamin, HIV dan AIDS; jenayah harta benda; gelandangan; masalah dokumen pengenalan diri; dan kesihatan mental.  

Beliau berkata Sistem e-Data Sosial Sarawak yang diguna pakai sekarang sedang dalam proses penambahbaikan bagi tujuan meningkatkan mekanisme pemantauan terhadap trend sosial.

“Kementerian kini sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu-isu berkenaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementerian beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengenai bantuan kebajikan, Fatimah berkata sejak Januari hingga Oktober tahun ini, kementerian berkenaan berjaya mencatat 57,821 kes dengan nilai bantuan berjumlah RM210 juta.

Beliau berkata kerajaan komited untuk memberi bantuan kepada penerima tidak produktif bagi memastikan kelangsungan hidup mereka yang lebih bermakna.

Bagi penerima masih produktif, katanya kementerian akan meneruskan bantuan melalui Program Pembangunan Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) serta Pembangunan Kemahiran dan Kerjaya (PKK) supaya mereka boleh berdikari.

Beliau berkata pada 2018 sehingga kini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.7 juta untuk tujuan tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     

Kadar perceraian di Selangor menurun sejak 2016 - Ketua Hakim Syarie Negeri

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel