Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Isteri cedera dipukul suami yang berang keretanya calar


Tarikh kemaskini: 26/10/2018




BUTTERWORTH, 26 Okt (Bernama) -- Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan lebam di mata serta tangan apabila dipukul suaminya yang berang berikutan terdapat kesan calar di kereta lelaki itu selepas isterinya terlibat dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata wanita itu membuat laporan polis pada 9.46 malam tadi dan mendakwa mangsa yang berusia 40 tahun dicederakan suaminya dalam kejadian pukul 5.15 petang semasa berada di rumah mereka di Butterworth.

"Suami mangsa berusia 42 tahun berang selepas mendapati keretanya calar kerana isterinya terlibat dalam kemalangan bertindak memukul wanita itu dengan menarik rambut, memukul menggunakan tangan serta kerusi, menolak dan menghentak kepala mangsa ke dinding sebelum melarikan diri. 

"Semasa kejadian, ibu mangsa yang berada di rumah mereka turut sama menghalang suspek dari terus mencederakan anak perempuannya itu namum tidak berjaya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka memanjang di atas kepala akibat dihentak dengan objek keras.

Noorzainy berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod lampau termasuk kesalahan memukul isterinya dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata pengetua sebuah sekolah menengah di sini yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua laporan dakwaan liwat yang masing-masing dibuat murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, direman selama tiga hari sehingga 28 Okt ini.

Pada Selasa, Bernama melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.

Kedua-dua pelajar itu membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun pada hujung minggu lalu ketika menyertai program pendidikan di sekolah lelaki itu bertugas, selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel