k7S6ZNAxmgA MBPP tubuh jawatankuasa khas siasat kejadian tanah runtuh
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBPP tubuh jawatankuasa khas siasat kejadian tanah runtuh


Tarikh kemaskini: 26/10/2018





GEORGE TOWN, 26 Okt (Bernama) -- Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, Jumaat lepas.

Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang berkata jawatankuasa yang diketuai oleh beliau sendiri itu turut dianggotai Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu, pasukan teknikal dan pihak profesional.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang turut menubuhkan jawatankuasa khas siasatan kes itu dan beberapa pihak termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta polis turut menjalankan siasatan.

"Beri ruang untuk mereka siasat secara terperinci termasuk mengenal pasti sama ada wujud jenayah kecuaian dalam kes itu dan untuk makluman semua, kami MBPP turut melakukan siasatan sendiri dan saya berjanji akan memaklumkan kepada orang ramai selepas siasatan siap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menerima memorandum daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Penang Forum yang menggesa pihak MBPP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telus serta mendedahkan siasatan kejadian itu kepada orang ramai.

Terdahulu Penang Forum bersama beberapa NGO lain berkumpul secara aman di hadapan MBPP bagi menyatakan solidariti kepada mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus dan bantahan berhubung pembangunan  di lereng bukit di Pulau Pinang yang dilihat sangat bahaya kerana telah mengorbankan banyak nyawa serta meminta pihak berkuasa menghentikan projek-projek berkenaan.

Sementara itu, Yew berkata jawatankuasa khas MBPP itu akan menyiasat punca kejadian dan mengenal pasti pihak yang perlu bertanggungjawab dalam tragedi itu .

Kejadian tanah runtuh di tapak projek jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus itu mengakibatkan sembilan pekerja asing maut manakala empat cedera.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel