Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota polis pengsan ketika latihan payung terjun


Tarikh kemaskini: 26/10/2018





IPOH, 26 Okt (Bernama) -- Seorang anggota polis yang menjalani latihan payung terjun pengsan dan jatuh atas bumbung sebuah rumah di Jalan Asam Kumbang dekat Taiping hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Rafeel Hairul Richard berkata anggota berumur 33 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian muka serta kepala dan telah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang itu pengsan ketika menjalani latihan tersebut pada ketinggian 3,000 kaki dengan menaiki pesawat ringan.

“Mangsa dipercayai pengsan pada ketinggian 1,000 kaki manakala payung terjun beliau telah hilang kawalan dan terbabas ke atas bumbung rumah orang awam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Rafeel, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira 11.03 pagi dan mengerakkan 10 pegawai serta anggota ke lokasi kejadian untuk membawa turun mangsa.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel