Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pulau Pinang mohon peruntukan kecemasan bagi reka bentuk cerun di Jalan Bukit Lama


Tarikh kemaskini: 26/10/2018





GEORGE TOWN, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang kini dalam usaha mendapatkan peruntukan kecemasan sebanyak RM1 juta daripada kerajaan pusat untuk pelan reka bentuk cerun di Jalan Bukit Lama, dekat sini yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari berkata pelan reka bentuk itu adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji masalah kejadian tanah runtuh yang berlaku di tebing Jalan Bukit Lama sepanjang 80 meter itu.

"Kami minta peruntukan kecemasan ini melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR). Pelan reka bentuk tersebut kini dalam proses terakhir dan akan didapati dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Makanan dan Minuman ‘Tastefully’ di sini, hari ini.

Zairil menasihatkan orang awam supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di laluan tersebut yang kini hanya dibuka satu lorong sahaja.

“Buat masa sekarang penyelenggaraan sedang giat dijalankan, jadi kami minta orang ramai untuk menggunakan laluan alternatif (Jalan Bukit Baru-Jalan Tun Sardon) bagi mengelakkan sebarang insiden berlaku,” katanya.

Kejadian tanah runtuh membabitkan kawasan tebing jalan laluan Bukit Lama dari Bayan Lepas ke Balik Pulau dekat sini sepanjang 80 meter itu, dipercayai disebabkan hujan lebat lebih dua jam yang bermula 1 tengah hari.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian tanah runtuh itu adalah yang kedua selepas kejadian tanah runtuh berlaku di tapak projek pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong di sini, Jumaat lepas yang mengorbankan sembilan orang dan mengakibatkan empat yang lain cedera.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel