Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir: Tiga pusat pemindahan banjir dibuka di Perak


Tarikh kemaskini: 24/10/2018




IPOH, 24 Okt (Bernama) -- Tiga pusat pemindahan  sementara (PPS) dibuka hari ini, masing-masing di tiga daerah iaitu Kampar, Hilir Perak dan Larut Matang Selama susulan paras air sungai berhampiran naik ekoran hujan berterusan melanda sejak semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, setakat pukul 12 tengah hari tadi, keseluruhan seramai 162 mangsa banjir membabitkan 55 keluarga dipindahkan beransur-ansur ke PPS yang mula dibuka sejak malam tadi.

Di Larut Matang Selama, seramai 64 orang (26 keluarga) dari tiga buah kampung iaitu Kampung Temerlok, Kampung Tengah dan Kampung Tebok kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok, Trong.

Mangsa banjir di Kampar pula seramai 41 orang (13 keluarga) dari dua buah kampung iaitu Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Pulau Pisang, kini ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi.

Sementara itu, di Hilir Perak pula seramai 57 mangsa banjir (16 keluarga) dari Kampung Batu 9, ditempatkan di PPS di SK Changkat Jong yang mula dibuka kira-kira 10 pagi tadi setelah air Sungai Bidor melimpah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel