Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak sasar kehadiran 5 juta pelancong 2019 sempena Visit Sarawak


Tarikh kemaskini: 16/10/2018





KUALA LUMPUR, Oct 16 (Bernama) – Sarawak mensasarkan kehadiran lima juta pelancong bagi tahun 2019 berikutan pelancaran kempen 'Visit Sarawak' kata Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdul Karim berkata anggaran berkenaan adalah sama dengan sasaran tahun 2017 tapi bermungkinan berlaku peningkatan jumlah pelancong khususnya dari luar negara iaitu China dan Singapura.

"Tahun lepas (2017) sebenarnya kita sasarkan jumlah yang sama iaitu 5 juta pelancong namun kita hanya mencapai jumlah iaitu 4.85 juta pelancong ke Sarawak. 

"Tahun ini sebenarnya kita letakkan jumlah yang agak tinggi iaitu 5.2 juta pelancong dan sehingga September baru-baru ini kita mencapai lebih 3 juta pelancong dalam dan luar negeri. InsyaAllah hujung tahun akan lebih ramai kerana pada masa itu adalah cuti sekolah dan sebagainya," katanya ada pemberita selepas melancarkan logo kempen Visit Sarawak di sini, hari ini.

Kata Abdul Karim, kempen berkenaan tidak akan diletakkan tempoh masa tertentu seperti kempen-kempen yang terdahulu.

"Kalau dahulu kita letakkan tarikh atau tahunnya contoh 'Visit Sarawak 2000' tapi sekarang kita tidak berbuat demikian. Kita mahu lawatan kepada negeri kita berlanjutan bukan sahaja untuk satu tahun tetapi berpanjangan," katanya.

Beliau berkata selepas ini pihaknya akan ke Singapura untuk kempen tersebut dan pelancaran rasmi akan diadakan di Sarawak penghujung tahun ini. 

Jelasnya, pemilihan Kuala Lumpur hari ini sebagai tempat pelancaran pertama kempen itu adalah kerana hebahannya lebih meluas dan besar berbanding hanya kelompok kecil sekiranya ia dilancarkan di Kuching.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     

Polis Kedah rampas syabu RM2.5 juta, tahan keldai dadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel