Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua kanak-kanak maut dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Baram


Tarikh kemaskini: 16/10/2018




MIRI, 16 Okt (Bernama) – Dua kanak-kanak perempuan maut setelah dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Bakong-Lapok, Baram pukul 10.35 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, semasa kejadian berlaku Monica Ubong,3, bersama saudaranya Carin Tigang,10, sedang melintas jalan raya apabila dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Bakong ke Lapok.

“Akibat kemalangan kedua-dua mangsa cedera parah bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Alexson berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Klinik Beluru dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan tersebut.

“Pemandu lelaki berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya lagi.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel