Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak alu-alukan sumbangan pakar antarabangsa komersialkan tumbuhan asli


Tarikh kemaskini: 16/10/2018





KUCHING, 16 Okt (Bernama) -- Sarawak mengalu-alukan penyertaan pakar antarabangsa  dalam kerjasama mencungkil potensi tumbuhan dan tanaman asli di negeri ini untuk dikomersialkan, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri Datuk Seri Michael Manyin.

Beliau berkata terdapat potensi besar bagi tumbuhan dan tanaman asli yang mempunyai khasiat perubatan di negeri ini dikomersialkan dan setakat ini, Pusat Biodiversiti Sarawak sudah mengekodkan lebih 10,000 jenis tanaman dan tumbuhan-tumbuhan.

“Tetapi, ia baru di peringkat mengekod sahaja dan tidak lebih daripada itu...Maka, kami berharap, dengan pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki, anda boleh bekerjasama dengan Pusat Biodiversiti  Sarawak," katanya ketika  merasmikan  Persidangan Saintifik Antarabangsa  mengenai Tanaman Asli 2018 (ISCIC2018) selama dua hari di sini hari ini.

Beliau berharap, melalui persidangan julung kali diadakan anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus  Bintulu (UPMKB) itu, potensi untuk mengkomersialkan tumbuhan tempatan seperti “dabai” atau zaitun Sarawak dan “terung asam” atau terung Sarawak akan dapat diketengahkan.

“Kami memerlukan beberapa bukti empirikal agar potensi, nilai semua tumbuhan ini akan memberi keyakinan kepada orang ramai dan akhirnya membeli produk kami,” katanya.

Manyin berkata kerajaan negeri juga berharap dapat bekerjasama dengan sektor swasta bagi  meningkatkan aktiviti pertanian dan asas tani untuk membantu petani kecil dengan memperkenalkan perladangan secara komersial dan industri.

Sasaran Sarawak bukan sahaja untuk baerdikari dari segi makanan, tetapi juga menjadi pengeksport menjelang 2030, katanya.

UPMKB telah mengambil inisiatif menganjurkan persidangan itu yang disertai 24 penceramah terkemuka dengan pelbagai latar belakang pendidikan untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan isu semasa berkaitan tumbuhan dan tanaman asli.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel