Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Farahanne pelajar KDM pertama wakili negara ke China


Tarikh kemaskini: 16/10/2018





KENINGAU, 16 Okt (Bernama) -- Farahanne Beaty, 13, melakar sejarah sebagai pelajar daripada kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) yang pertama terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan National Kids Talent Search (NKTS) di Shandong, China pada 26 Nov ini.

Guru nyanyiannya Chung Fui Sen berkata penyertaan anak muridnya itu disifatkan sebagai sangat luar biasa kerana seorang yang bukan berketurunan Cina bakal bertanding menyanyikan lagu berbahasa Mandarin pada pertandingan berprestij anjuran China Hunan Satellite TV itu, yang sering meraih jutaan penonton di seluruh dunia.

Katanya, bakat pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah (SM) Ken Hwa Keningau itu dicungkil menerusi pertandingan menyanyi NKTS International Youth Culture and Art Awards 2018 di Kuala Lumpur pada Jun lepas yang mana Farahanne dinobatkan sebagai ‘New Star Malaysia’ untuk melayakkannya bertanding di China.

Lagu bahasa Mandarin bertajuk ‘Wo Xiang You Ge Jia’ (‘Saya Harap Ada Keluarga Yang Sempurna’) (‘I Want To Get A Home’) yang dipopularkan oleh penyanyi asal Eagle Pan Mei Chen dari Taiwan memberi tuah kepada Farahanne untuk terbang ke China bagi cabaran peringkat akhir.

“Farahanne telah mempersembahkan kebolehannya dan menggunakan bakat dengan semaksimumnya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Chung menyifatkan anak muridnya itu sebagai seorang pelajar yang genius dan mampu menghafal lirik sesebuah lagu dalam hanya beberapa minit.

“Keputusan pelajarannya juga sangat baik dan Farahanne bijak mengatur masa untuk aktiviti menyanyi, belajar dan kegiatan ko-kurikulum,” tambahnya.

Katanya Farahanne pernah mewakili Malaysia ke pertandingan nyanyian Bakat Seluruh China di Beijing pada 2017, dan berjaya menggondol pingat emas dengan mengalahkan 200 peserta lain dari seluruh dunia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel