Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat universiti akan bangunkan ekosistem IoT di Sarawak


Tarikh kemaskini: 16/10/2018





KUCHING, 16 Okt (Bernama) -- Swinburne University of Technology Kampus Sarawak hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan tiga universiti lain untuk meneroka dan berganding bahu membuat penyelidikan serta melaksanakan projek ekosistem Internet Benda (IoT).

Bertujuan mewujudkan bandar raya bestari di Sarawak, projek itu juga melibatkan Curtin Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sarawak.

Pemeteraian MoA itu adalah sebahagian daripada Program Kesedaran Industri 4.0 selama tiga hari yang bermula hari ini di kampus Swinburne di sini.

Upacara menandatangani MoA itu disaksikan Timbalan Ketua Menteri  Sarawak Datuk Amar Awang Tengah  Ali Hasan, yang juga Menteri Pembangunan Industri dan Usahawan, merangkap  Menteri  Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Muda Pembangunan Industri Malcolm Mussen Lamoh.

MoA berkenaan menggariskan penglibatan empat universiti terkemuka di Sarawak itu untuk mereka bentuk, membina dan mengguna pakai ekosistem IoT minimum di sesebuah bandar raya sedia ada dengan menggunakan komponen kos rendah dan sedia ada.

Dalam ucapannya, Awang Tengah berkata sebagai sebahagian daripada peta hala tuju ekonomi  digital, Sarawak perlu memanfaatkan Revolusi Industri Keempat (IR4.0) untuk meningkatkan daya saing negeri ini dalam sektor pembuatan.

Katanya, Sarawak tidak boleh lagi terus bergantung pada strategi dan teknologi kos rendah serta kurang berintensifkan buruh untuk mencapai pembangunan ekonomi.

 "Ekonomi digital merupakan era krativiti dan inovasi dan inilah yang dimaksudkan dengan IR4.0,” katanya.

Awang Tengah berkata untuk melangkah dengan cepat ke arah Industri 4.0, Sarawak perlu memberi respons positif terhadap perubahan agar negeri ini tidak ketinggalan.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua rakyat Sarawak, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME), supaya mengambil langkah berani untuk menuju ke arah Industri 4.0, melibatkan diri secara aktif dan memberi sokongan bagi menjadikan Sarawak sebuah negeri yang lebih dinamik dan kukuh dari segi ekonomi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel