NGtbKGMq2Ok Tiga rumah musnah terbakar, 31 orang hilang kediaman
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga rumah musnah terbakar, 31 orang hilang kediaman


Tarikh kemaskini: 16/10/2018




KUCHING, 16 Okt (Bernama) -- Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bintawa Hilir di sini awal hari ini menyebabkan 31 orang hilang tempat tinggal.

Bagaimanapun, tiada yang cedera dalam kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira 7 pagi.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Tabuan Jaya dilihat menggunakan  teknik ‘firebreak’ di tempat kejadian bagi mengelak api merebak ke rumah-rumah berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya Tan Min Chai berkata dengan bantuan daripada Sesco dan anggota polis, bomba berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada 9.23 pagi. Mereka menerima  panggilan kecemasan pada 7.18 pagi.

“Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran menggunakan teknik ‘firebreak’ yang menghalang rumah lain daripada terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel