Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua kru bot nelayan terjun ke laut, elak dicekup APMM


Tarikh kemaskini: 15/10/2018




LUMUT, 15 Okt (Bernama) -- Dua kru bot nelayan tempatan termasuk seorang tekong nekad meninggalkan bot mereka dengan terjun ke laut bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki melanggar syarat lesen, semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata kedua-dua kru berkenaan yang menaiki bot kelas A dikesan Bot Petir yang melakukan rondaan di perairan negara di 0.6 batu nautika barat daya kuala Sungai Rungkup dekat Bagan Datuk pada 9.30 pagi.

"Kejadian berlaku ketika Bot Petir agensi yang sedang melakukan rondaan cuba mendekati bot nelayan tempatan yang telah diubah suai bagi membolehkanya menggunakan pukat tunda untuk menangkap ikan. Kes itu akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua kru yang gagal dikesan itu tidak diketahui identiti dan warganegara manakala  bot berkenaan dibawa ke Jeti Kampung Acheh, Sitiawan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Wan Mat berkata pihaknya juga sering menerima aduan daripada nelayan pantai membabitkan kegiatan pukat tunda oleh bot kelas C yang dikhuatiri akan menjejaskan pendapatan mereka.

Katanya, APMM meminta nelayan terbabit untuk menghentikan aktiviti yang tidak bertanggungjawab serta merosakkan sumber marin dan menyusahkan nelayan tradisional.

Beliau juga meminta nelayan untuk terus bekerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat membabitkan bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan dan melakukan pencerobohan di zon tangkapan ikan di dalam perairan negara.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel