Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir: Satu pusat penempatan sementara di Hilir Perak ditutup


Tarikh kemaskini: 15/10/2018





TELUK INTAN, 15 Okt (Bernama) -- Sebuah pusat penempatan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak ditutup 12.30 tengah hari tadi menjadikan hanya tinggal 29 mangsa banjir daripada sembilan keluarga di daerah Kerian.

Menurut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, Shamsul Ridzuan Idris, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong yang membabitkan 44 orang daripada lapan keluarga dari Kampung Batu 9, Batu 8 dan Batu 7 Changkat Jong telah pulang ke kediaman masing-masing setelah air surut ekoran cuaca cerah sebelah pagi tadi.

Kejadian banjir di Hilir Perak mula dilaporkan melanda kawasan Changkat Jong kira-kira 7 pagi Rabu akibat limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat bermula sejak petang Selasa.

Sementara itu menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri pada 1 tengah hari ini, hanya tinggal satu PPS masih dibuka di negeri ini iaitu di daerah Kerian yang kekal 29 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman dekat Bagan Serai mulai petang semalam.

Banjir di Kerian berpunca limpahan air dari Kolam Bukit Merah dan hujan lebat sehingga mengakibatkan Sungai Kurau melimpah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel