nHMIOpw7FCk Projek Jalan Bukit Kukus dijangka tertangguh lagi akibat kejadian di tapak pembinaan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Projek Jalan Bukit Kukus dijangka tertangguh lagi akibat kejadian di tapak pembinaan


Tarikh kemaskini: 15/10/2018




GEORGE TOWN, 15 Okt (Bernama) -- Projek Jalan Bukit Kukus yang bernilai RM545 juta dijangka akan tertangguh lagi ekoran kejadian di tapak pembinaannya baru-baru ini yang melibatkan sebanyak 14 rasuk konkrit berukuran 25m setiap satu terjatuh di lereng.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari berlata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja bagi projek itu selepas beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon pada Khamis.

Zairil berkata beliau dimaklumkan kejadian itu berpunca daripada seorang pengendali kren yang secara tidak sengaja telah melanggar sebatang rasuk yang diletak di atas tanah menyebabkan rasuk-rasuk yang lain berjatuhan secara berturutan seperti domino. Tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

"Siasatan termasuk siasatan dalaman telah dijalankan ekoran kejadian itu dan kami percaya kejadian itu akan menangguhkan lagi projek itu, yang pada mulanya dijangka dapat disiapkan sebelum hujung tahun depan," katanya kepada Bernama kita dihubungi hari ini.

Beliau menambah, ekoran itu, jalan alternatif yang menyambungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu akan tertangguh selama setahun sehingga ke suku kedua tahun 2020 atas sebab-sebab yang di luar jangkaan semasa pembinaannya.

Projek itu, yang telah dimulakan pada 2016 dilaksanakan oleh tiga pihak sebagai langkah penjimatan termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd manakala kejadian itu berlaku dalam bahagian yang di bawah kendalian MBPP.

Bagaimanapun Zairil berkata kontraktor bagi projek itu telah diarah untuk mengemukakan laporan lengkap kepada DOSH dan MBPP dan juga menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.

Katanya kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk bertindak sekiranya laporan lengkap dan siasatan dalaman yang dijalankan menunjukkan pihak kontraktor telah melanggar prosedur operasi standard.

"Kami masih menunggu laporan lengkap itu disiapkan sebelum mengumumkan apakah tindakan selanjutnya dan saya diberitahu Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang telah melawat tapak kejadian semalam," katanya.

Sementara itu, MBPP dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan dalamannya lewat hari ini selepas Yew melawat tapak kejadian petang semalam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai MA63 akan ditubuhkan - Liew

 
     

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel