Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

73 mangsa banjir Perak ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara


Tarikh kemaskini: 15/10/2018




TELUK INTAN, 15 Okt (Bernama) -- Lima orang daripada dua keluarga dipindahkan malam tadi menjadikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Kerian berjumlah 29 orang daripada sembilan keluarga setakat pukul 10 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, kesemua sembilan keluarga berasal dari Kampung Parit Mat Keling dan Kampung Parit Ali Kalang dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman dekat Bagan Serai mulai petang semalam.

Banjir di Kerian berpunca daripada limpahan air dari Kolam Bukit Merah dan hujan lebat sehingga mengakibatkan Sungai Kurau melimpah.

Kenyataan itu menyebut, selain daerah Kerian, satu lagi daerah Hilir Perak masih terlibat banjir menjadikan bilangan keseluruhan mangsa banjir di Perak seramai 73 orang daripada 17 keluarga setakat pukul 10 pagi ini.

Sementara itu daerah Hilir Perak pula, bilangan mangsa banjir yang masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong kekal 44 orang daripada lapan keluarga dan dijangkakan mereka akan pulang ke kediaman hari ini, bergantung kepada cuaca.

Kesemua mangsa dari Kampung Batu 9, Batu dan Batu 7 di Changkat Jong terpaksa dipindahkan ke PPS itu selepas perkampungan mereka dinaiki air pada pukul 7 pagi Rabu lalu akibat limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat sehari sebelum itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel