Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

116 mangsa banjir di Baling dibenarkan pulang cuci rumah


Tarikh kemaskini: 15/10/2018




ALOR SETAR, 15 Okt ( Bernama) -- Banjir kilat yang berlaku di Baling mulai surut dengan kebanyakan mangsa dibenarkan pulang untuk membersihkan rumah masing-masing pagi ini.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Lt (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, setakat 9 pagi, hanya 116 mangsa daripada 41 keluarga yang masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara  (PPS) iaitu di Dewan Belia Kompleks Sukan Baling, Dewan Orang Ramai Batu 48 dan Dewan Komuniti Kampung Banggol Derom di mukim Pulai dan Bongor.

"Sebelum ini, seramai 71 mangsa daripada 29 keluarga berada di Dewan Belia Kompleks Sukan Baling, 22 mangsa (tujuh keluarga) di Dewan Orang Ramai Batu 48 dan Dewan Komuniti Kampung Banggol Derom dengan 23 mangsa (lima keluarga).

"Semua dah surut dan hari ini kebanyakan mangsa terlibat dengan kerja mencuci rumah tetapi pusat pemindahan belum ditutup buat masa ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel