Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah mangsa banjir di Hilir Perak berkurangan


Tarikh kemaskini: 14/10/2018





TELUK INTAN, 14 Okt (Bernama) --  Bilangan mangsa banjir di daerah Hilir Perak berkurangan kepada 44 orang daripada lapan keluarga setakat jam 10 malam ini berbanding 171 orang pada tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, mangsa tersebut masih ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, di sini, sejak Rabu lalu.

Kesemua mangsa dari Kampung Batu 9, Batu dan Batu 7 di Changkat Jong terpaksa dipindahkan ke PPS selepas perkampungan mereka dinaiki air pada jam 7 pagi Rabu lalu akibat limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat sehari sebelum itu.

Sementara itu, daerah Kerian mula dilanda banjir apabila 24 orang daripada tujuh keluarga dari Kampung Parit Mat Keling dan Kampung Parit Ali Kalang dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman dekat Bagan Serai petang ini.

Pengerusi Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata pusat pemindahan itu dibuka pukul 4.30 petang tadi berikutan limpahan air dari Kolam Bukit Merah dan hujan lebat sehingga mengakibatkan Sungai Kurau melimpah pada jam 1.30 tengah hati.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel