Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja perempuan baru lahirkan anak ditemui mati di Parit Buntar


Tarikh kemaskini: 14/10/2018




PARIT BUNTAR, 14 Okt (Bernama) – Seorang remaja perempuan dipercayai baru melahirkan bayinya ditemukan mati bersama bayinya di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Tenggara di sini hari ini.

Difahamkan, remaja berumur 18 tahun ini dipercayai meninggal dunia selepas melahirkan bayi berkenaan  kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian itu dan menjalankan siasatan mengenai kematian itu.

Katanya, mayat kedua-duanya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat esok. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel