Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir di Baling menurun kepada 116 mangsa


Tarikh kemaskini: 14/10/2018





ALOR SETAR, 14 Okt ( Bernama) – Mangsa banjir kilat di Baling pada sebelah malam ini terus menurun kepada 116 mangsa berbanding 123 mangsa pada sebelah petang yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah itu.

Pegawai Seketariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Lt (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, sehingga 10 malam ini, seramai 71 mangsa dari 29 keluarga masih ditempatkan di Dewan Belia Kompleks Sukan Baling.

"Seramai 22 mangsa (tujuh  keluarga) ditempatkan di Dewan Orang Ramai Batu 48 dan Dewan Komuniti Kampung Banggol Derom dengan 23 mangsa (lima keluarga)", katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya, bagi mangsa yang ditempatkan di PPS Surau Kampung Lahar mereka telah dibenarkan pulang buat seketika dan akan berpindah semula jika air kembali naik ekoran hujan malam ini.

Banjir kilat di Kedah mula melanda sejak Isnin lalu di empat daerah membabitkan Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Baling sendiri yang menempatkan lebih 600 mangsa di 12 PPS, namun surut pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, sejak semalam banjir mula melanda semula susulan hujan lebat dengan tiga PPS di Baling dibuka semula untuk menempatkan mangsa banjir.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel