Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

49 PATI ditahan di hentian bas Butterworth


Tarikh kemaskini: 14/10/2018




BUTTERWORTH, 14 Okt (Bernama) -- Seramai 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen dalam operasi yang dijalankan sekitar kawasan hentian bas di Butterworth, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Imigresen Pulau Pinang berkata dalam operasi bermula pukul 9 pagi itu, sepasukan penguatkuasa jabatan itu membuat pemeriksaan ke atas warga asing di kawasan berkenaan terutama mereka yang baru tiba di situ dengan menaiki bas.

"Seramai 120 orang diperiksa dalam operasi lebih empat jam itu dan 49 daripadanya ditahan kerana pelbagai kesalahan antaranya tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan menyalahguna pas lawatan sosial.

“Kami memilih hentian bas itu kerana kebanyakan warga asing dari bahagian seberang akan menaiki bas dan turun di situ sebelum naik feri untuk ke George Town berikutan cuti hujung minggu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang ditahan termasuk 10 wanita itu berusia 24 hingga 45 tahun terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar serta Nepal.

Sementara itu, dalam operasi berasingan di Penaga semalam, Jabatan Imigresen menahan 29 PATI termasuk 11 wanita yang tinggal menyewa di rumah-rumah kampung di kawasan berkenaan.

Katanya mereka menjadikan kawasan kampung yang jauh dari bandar untuk menyewa bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Mereka terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.

Selain itu, penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang turut menjalankan operasi di sekitar restoran, kedai makan dan kedai runcit serta kilang di kawasan Butterworth pada Jumaat dan Sabtu sebelum menahan 23 PATI termasuk tujuh wanita.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Indonesia berusia antara 27 dan 42 tahun yang bekerja di premis-premis berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel