Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa banjir kilat di Baling meningkat kepada 123 mangsa


Tarikh kemaskini: 14/10/2018





ALOR SETAR,  14 Okt ( Bernama) -- Mangsa banjir kilat di Baling bertambah kepada 123 berbanding 49 mangsa yang ditempatkan di empat Pusat Pemindahan ( PP) di Mukim Pulai dan Bongor setakat 5 petang ini.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Mejar (PA) Imran Azemi berkata, ia membabitkan 35 keluarga berbanding 14 keluarga yang dilaporkan pagi tadi.

"Kita buka sebuah lagi PP di Kompleks Belia dan Sukan Baling pada 10 pagi tadi yang menempatkan 71 mangsa daripada 20 keluarga apabila air mulai menenggelamkan rumah penduduk," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, seramai 23 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di PP Dewan  Komuniti Kampung Banggol Derom , PP Dewan Orang Ramai Batu 48, dengan 22 mangsa (tujuh keluarga) dan PP Surau Kampung Lahar dengan tujuh mangsa (tiga keluarga).

Pihaknya kini memantau situasi semasa banjir dan akan memindahkan mangsa yang terjejas jika membahayakan keselamatan penduduk.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel