Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga asing ingin ikuti pengajian agama di Perlis akan ditapis


Tarikh kemaskini: 14/10/2018




KANGAR, 14 Okt (Bernama) -- Polis Perlis akan membuat tapisan ke atas semua warga  asing yang memohon untuk mengikuti pengajian di negeri itu.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata ini susulan penahanan  seorang pelajar  asing  sebuah pusat pengajian agama Islam di sini berhubung aktiviti keganasan yang didapati memasuki negara ini menggunakan visa pelancong.

Penggunaan visa pelancong menyukarkan polis untuk mengesan niat sebenar mereka untuk belajar di pusat pengajian agama di negeri ini, katanya kepada pemberita  selepas mengiringi Timbalan  Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman meninjau projek pembinaan ibu pejabat baharu polis Kontinjen Perlis.

Noor Mushar berkata operasi pusat pengajian agama di Bukit Jerneh, Kangar itu dihentikan  buat  sementara dan semua 119 pelajar asing serta 25 pelajar tempatan yang mengikuti pengajian di pusat tersebut akan ditapis bermula esok.

Proses saringan itu dijangka mengambil masa satu  hingga tiga minggu untuk selesai, katanya.

Menurutnya sejumlah warga asing yang telah membuat permohonan untuk belajar di pusat pengajian di Perlis akan ditapis sebelum mereka dibenarkan berbuat demikian.

Pada 24 Sept lepas, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Bukit Aman menahan lapan orang yang dikaitkan dengan aktiviti pengganas, enam di pusat pengajian tersebut manakala seorang di Kuala Lumpur dan seorang lagi di Johor.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel