Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kekosongan jawatan guru besar di 14 SJKC di Pulau Pinang diisi hujung bulan ini


Tarikh kemaskini: 14/10/2018





BUKIT MERTAJAM, 14 Okt (Bernama) -- Kekosongan jawatan guru besar di 14 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) di Pulau Pinang akan diisi selewat-lewatnya hujung bulan ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Beliau berkata pihaknya telah menyiasat perkara itu dan mendapati ada antara sekolah berkenaan yang sudah 10 bulan tidak mempunyai guru besar.

"Empat belas buah SJKC ini yang tidak ada guru besar sekarang akan mempunyai seorang guru besar yang baharu untuk bantu sekolah ini menguruskan sesi persekolahan 2019.

“Kita akan pastikan (kekosongan itu) akan diisi secepat mungkin selewat-lewatnya hujung bulan ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke SJKC Permatang Tinggi, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan ke SJKC Kay Sin, Machang Bubok di sini.

Ditanya mengapa kekosongan jawatan itu berlaku, Teo enggan mengulas, namun akan memastikan perkara itu diselesaikan segera.

Sementara itu, Teo yang juga Anggota Parlimen Kulai berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM13 juta bagi projek pembinaan 18 buah bilik darjah yang baharu untuk SJKC Kay Sin manakala RM10 juta bagi projek pembinaan 12 buah bilik darjah untuk SJKC Permatang Tinggi. 

"Projek-projek ini telah dapat kelulusan dan proses tender akan dimulakan pada tahun yang akan datang," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel