Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Petani tidak mampu usahakan sawah disaran sertai program estet padi


Tarikh kemaskini: 14/10/2018





ARAU, 14 Okt (Bernama) -- Petani di Perlis yang tidak mampu mengusahakan sawah mereka terutama kerana  telah lanjut usia disaran menyertai program estet padi yang memberi pulangan lebih baik.

Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perlis (PPNPs) Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar yang menyarankan perkara itu berkata beliau kecewa kerana masih ramai petani di negeri ini mendapatkan pertolongan broker untuk mengusahakan sawah mereka.

“Kita dapati ramai pesawah di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Perlis bergantung kepada broker sedangkan terdapat enam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di luar MADA.

:Mereka seperti terhutang budi kepada broker untuk mendapat pinjaman untuk kos mengusahakan sawah dan bayaran balik dibuat selepas hasil dijual,” katanya kepada Bernama di sini,hari ini.

Tengku Aziz berkata penubuhan PPK bertujuan membantu petani tetapi ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

“Mini estet padi boleh dilaksanakan bagi sawah berkeluasan tidak kurang 33 hektar. Segala urusan sehingga padi dijual dan kos mengusahakan ditanggung oleh PPK dan petani tidak perlu lagi menggunakan orang tengah atau broker,” tambahnya.

-- BERNAMA


RIS ZAJ NH RHM

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel