Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa banjir di Hilir Perak kekal 171 orang


Tarikh kemaskini: 14/10/2018




TELUK INTAN, 14 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak kekal 171 mangsa daripada 48 keluarga setakat 10 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak dalam kenyataan berkata kesemua mangsa yang terdiri daripada mangsa banjir dari Kampung Batu 9, Batu 8 dan Batu 7 Changkat Jong ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong.

“Mereka terdiri daripada 37 lelaki dewasa, 52 wanita, 51 kanak-kanak lelaki dan 31 kanak-kanak perempuan,” kata kenyataan itu.

Kejadian banjir di Hilir Perak mula dilaporkan melanda kawasan Changkat Jong kira-kira 7 pagi Rabu lepas akibat limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat sejak petang Selasa.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel