Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Tanjung Piandang


Tarikh kemaskini: 14/10/2018




PARIT BUNTAR, 14 Okt (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Piandang, di sini petang semalam.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Kuala Kurau Lt. Kdr Mohamad Zainal berkata pihaknya menerima maklumat penemuan mayat itu daripada sekumpulan nelayan kira-kira 5.25 petang.  

Sebuah bot peronda APMM digegaskan ke lokasi untuk mengambil mayat berkenaan sebelum dibawa ke Jeti Polis Marin Kuala Kurau, katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya pemeriksaan ke atas mayat tersebut tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel