Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga pusat pemindahan dibuka di Baling tempatkan 49 mangsa banjir


Tarikh kemaskini: 14/10/2018




ALOR SETAR,  14 Okt (Bernama) -- Seramai 49 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan (PP) di Baling dekat sini ekoran banjir kilat  yang melanda sejak malam tadi.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling Lt. (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata  kejadian membabitkan lima kampung di mukim Siong dan dua di mukim Bongor.

"Antara kampung terlibat ialah Kampung Lalang, Kampung Siput, Kampung Chenerai, Kampung Jenalik dan Kampung Banggol Derom," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya seramai 20 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di Dewan  Komuniti Kampung Banggol Derom yang dibuka pada 10.40 malam tadi.

Dewan Orang Ramai Batu 48 yang dibuka pada 2 pagi tadi menempatkan 22 mangsa  daripada tujuh  keluarga manakala di Surau Kampung Lahar  pula terdapat tujuh mangsa daripada tiga keluarga.

 Sementara itu, arus deras menyebabkan bahagian dapur rumah seorang penduduk di Kampung Lalang turut roboh.

Mohd Faizol berkata pihaknya kini memantau situasi semasa banjir dan akan memindahkan mangsa yang terjejas jika keadaan membahayakan keselamatan penduduk.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel