Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan tiga warga asing bungkus daun ketum di Pendang


Tarikh kemaskini: 11/10/2018




PENDANG, 11 Okt (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki warga Myanmar dan merampas 233 kilogram daun ketum bernilai hampir RM6,000 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bukit Pak Pom, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, ketiga-tiga suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ditahan kira-kira pukul 9.30 malam ketika sedang membungkus daun ketum di atas lantai rumah terbabit.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menemui 24 beg plastik berisi daun ketum yang dipercayai baharu dipetik sebelum dijual.

“Hasil maklumat awam dan risikan kita berjaya menahan mereka berusia 28 hingga 30 tahun itu serta merampas beg plastik berisi daun ketum seberat 233 kilogram, turut dirampas ialah alat penimbang bertulis ‘CAMRY’,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Berikutan itu, kesemua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

‘Warga asing itu turut disiasat mengikut Seksyen (6)(3) Akta Imigresen 1969/63 dan di reman selama 14 hari bermula hari ini,” katanya.  

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel