Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AKSEM Kedah rampas beras hancur bernilai RM200,000


Tarikh kemaskini: 11/10/2018





ALOR SETAR, 11 Okt (Bernama) -- Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah merampas 68 metrik tan beras hancur bernilai kira-kira RM200,000 dari dua treler yang ditahan di Pekan Pokok Sena, dekat sini, semalam.

Komander AKSEM Kedah, Abdul Latif Abdul Rahman berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota diketuai Timbalan Komander Risik/Operasi, Insp Anandha Krisnan pada 4.25 petang hasil maklumat awam.

Terdahulu, anggota berkenaan menahan treler yang dipandu dua lelaki tempatan berusia 20 dan 40-an dalam keadaan mencurigakan menuju dari Kuala Nerang ke Alor Setar di persimpangan lampu isyarat di Pekan Pokok Sena.

 “Kita tahan pemandu lori warga tempatan itu kerana kita meragui permit import yang mengatakan makanan haiwan atau dedak,  sebaliknya apabila pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah beg jumbo berisi beras hancur.

“...beras ini kita percaya untuk dibawa ke kilang untuk dicampurkan dengan beras sedia untuk pasaran tempatan bagi mengaut keuntungan yang lebih dan ini rampasan pertama membabitkan beras hancur tahun ini,”  katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, beras itu dipercayai diseludup dari Thailand menerusi pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kota Putra, Durian Burung di Kuala Nerang.

Abdul Latif berkata, kesemua muatan beras dan treler bernilai kira-kira RM400,000 kemudian dirampas sebelum diserahkan kepada kepada Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras negeri untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel