Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa banjir di Kedah berkurangan


Tarikh kemaskini: 11/10/2018





ALOR SETAR, 11 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Kedah setakat 11 pagi ini menurun kepada 361 mangsa daripada 122 keluarga berbanding 464 mangsa daripada 155 keluarga pada 9 malam tadi.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak tiga PPS dibuka di Kota Setar, satu di Baling dan satu di Pendang.

Di Kota Setar, 170 mangsa daripada 55 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah sementara di PPS SK Gunung 108 mangsa daripada 38 keluarga dan PPS SK Suka Menanti 53 mangsa daripada 16 keluarga.

Sementara itu, di Baling, PSS Dewan Risda Tanjung Pari menempatkan sembilan mangsa daripada enam keluarga manakala satu PSS yang dibuka di Pendang petang, semalam iaitu di PSS Dewan Serbaguna Pendang menempatkan 21 mangsa daripada tujuh keluarga.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel