Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gunung Kenderong tidak selamat didaki kerana tanah runtuh - polis


Tarikh kemaskini: 11/10/2018





GERIK, 11 Okt (Bernama) -- Polis meminta pendaki supaya tidak mendaki Gunung Kenderong, di sini  berikutan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan dan hakisan tanah semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata kejadian itu juga menyebabkan berlaku mendapan dan kerosakan teruk terutama di laluan  mendaki.

Katanya laluan masuk ke tapak kem di situ juga mengalami tanah runtuh dan tidak boleh dilalui.

“Gunung Kenderong tidak selamat untuk aktiviti pendakian buat masa ini kerana berisiko tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Ismail berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Jabatan Hutan Daerah Hulu Perak, di sini  untuk tidak memberi  kebenaran   kepada pendaki mendaki gunung itu kerana berisiko tinggi dan atas faktor  keselamatan.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel