Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedah perlu proaktif selenggara sungai dan terusan elak banjir berulang - Mahfuz


Tarikh kemaskini: 10/10/2018





ALOR SETAR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan Kedah digesa lebih proaktif mengatasi masalah banjir yang sering berulang di negeri ini bagi mengelak menanggung kerugian yang besar daripada kesan kerosakan yang berlaku.

Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, antara inisiatif yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sungai termasuklah mendalamkan sungai dan terusan di Sungai Padang Terap dan Sungai Anak Bukit.

"Semua pihak telah sedia maklum, banjir yang terjadi di Pokok Sena dan beberapa daerah lain akibat pertembungan hujan dan air yang melimpah, maka Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu mengambil tanggungjawab melaksanakan kerja melebar dan mendalamkan sungai bagi memastikan laluan air lancar.

"Kita kena lebih proaktif untuk mengelak banjir sebabnya kerajaan terpaksa menanggung kerosakan yang lebih membabitkan infrastruktur seperti jalan rosak membabitkan kos lebih tinggi berbanding melaksanakan kerja-kerja mendalamkan sungai," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Mahfuz mengadakan lawatan ke sebuah pusat penempatan sementara (PPS) di Surau Al-Syaakirin, di sini, yang menempatkan seramai 61 mangsa banjir membabitkan 21 keluarga.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Tabung Bantuan Segera (TBS) daripada kerajaan negeri termasuk peralatan membersihkan rumah dan wang tunai kepada mangsa banjir di daerah itu.

Mahfuz berkata, pihaknya turut mengharapkan supaya kerajaan mempercepatkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini yang dijangka mampu menyelesaikan masalah banjir yang sering membelenggu penduduk.

Mengikut rekod, Projek RTB Sungai Kedah-Anak Bukit membabitkan kos RM240 juta kini sudah siap 70 peratus dan dijangka akan menyelesaikan masalah banjir di Kedah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel