Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Fenomena Air Pasang Besar: Lebih 1,000 nelayan pantai di Perlis resah


Tarikh kemaskini: 10/10/2018





KUALA PERLIS, 10 Okt (Bernama) -- Fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku selama tiga hari bermula malam tadi memberi tekanan kepada lebih 1,000 nelayan pantai di negeri ini.

Mereka sebelum ini sudah tidak ke laut hampir sebulan untuk menangkap ikan kerana cuaca tidak menentu termasuk angin kencang, hujan lebat dan petir sehingga membahayakan bot-bot kecil, kata Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis (PNNPs) Mahazan Sudin.

Beliau berkata nelayan pantai yang menggunakan sampan atau bot kecil untuk menangkap ikan kembung, udang dan ketam dalam jarak lima kilometer dari pantai paling terkesan.

"Pendapatan mereka (nelayan pantai) boleh dikatakan hanya cukup untuk sara hidup. Jika tidak turun ke laut (tangkap ikan) bermakna tiada pendapatanlah," kata Mahazan kepada Bernama hari ini.

Majoriti nelayan di Perlis mengharapkan wang bantuan sara hidup daripada kerajaan untuk menampung perbelanjaan harian, katanya sambil menambah pendapatan nelayan pantai tidak menentu tetapi tidak lebih RM600 sebulan.

Pada masa ini, kerajaan memberi bantuan sara hidup antara RM250 dan RM300 sebulan kepada nelayan pantai.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel