Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemuda didakwa edar 54kg ganja


Tarikh kemaskini: 10/10/2018




KANGAR, 10 Okt (Bernama) -- Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dianggarkan seberat 54 kilogram baru-baru ini.

Tertuduh Mohamad Zulfazlee Ruslan, 26, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 semasa ditahan oleh Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) ketika memandu kereta jenis Audi di sekatan jalan raya Kilometer 9.9 Jalan Wang Kelian-Kaki Bukit pada pukul 11.30 pagi 26 Sept lepas.

Pasukan AKSEM yang membuat pemeriksaan menemui ganja tersebut tersorok dalam bahagian tempat duduk belakang kereta yang dipandu pemuda itu manakala ujian air kencing yang dibuat mendapati tertuduh positif dadah syabu.

Zulffazlee dari Kampung Kuala Jerlun, Air Hitam, Kedah, tidak membuat sebarang pengakuan setelah pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah. 

Mengikut kertas pertuduhan pemuda itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat dengan rotan tidak kurang 15 kali jika sabit kesalahan.

Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan kes itu disebut pada 3 Jan depan berikutan laporan kimia barang kes belum diperoleh.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel