Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perak kaji bina laluan alternatif Terowong Menora-Kuala Kangsar


Tarikh kemaskini: 10/10/2018




IPOH, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan Perak sedang melihat kemungkinan membina laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan  di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah Terowong Menora ke Kuala Kangsar di sini.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata masalah kesesakan trafik di kawasan itu terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah selain kerap kali berlaku kemalangan maut, harus ditangani. 

"Kita mendapati laluan di kawasan Terowong Menora begitu bermasalah apabila sering berlaku kemalangan demi kemalangan, ini mendatangkan kesusahan kepada orang ramai terutamanya apabila berlaku kesesakan yang begitu teruk  menyebabkan perjalanan yang dirancang menjadi tergendala.

"Saya akan minta YB (Abdul) Yunus (Jamhari, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri) mengadakan perbincangan dengan pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara (laluan alternatif) itu dapat diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersiaran selama satu jam di PerakFM di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak di sini hari ini.

Ahmad Faizal diminta mengulas kemalangan ngeri membabitkan sebuah treler dan kereta yang mengorbankan lima nyawa selepas Terowong Menora pada Sabtu lepas.

Dalam nahas 11.47 pagi itu, kelima-lima mangsa rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas dirempuh sebuah treler. 

Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Selangor ke Ipoh bagi menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja.

Dilaporkan pihak berkuasa mengenal pasti tiga daripada mereka setakat ini iaitu  masing-masing wanita berusia 60 dan 37 tahun serta seorang bayi lelaki berusia setahun.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel