Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa rentung disyaki libatkan empat keluarga berlainan - Polis


Tarikh kemaskini: 08/10/2018





KUALA KANGSAR, 8 Okt (Bernama) -- Lima  individu yang rentung dalam kemalangan di KM255.3 di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora pada Sabtu dipercayai melibatkan empat keluarga berbeza.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar DSP Zahiri Hassan berkata setakat ini tiga keluarga telah tampil menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini.

Katanya maklumat mangsa yang diperoleh setakat ini ialah dua penumpang wanita dan seorang bayi lelaki selepas anggota keluarga masing-masing melakukan ujian DNA.

"Sebuah keluarga dari Shah Alam hari ini tampil dan mengesyaki saudara lelaki mereka turut berada di dalam kenderaan itu dan mereka lakukan DNA,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini.

Menurut Zahiri, kesemua sampel DNA itu akan diserahkan kepada Jabatan Kimia dan keputusannya  dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu.

Dalam pada itu, beliau berkata polis sedang mengesan seorang lagi waris mangsa disyaki pemandu kenderaan tersebut dan siasatan menyeluruh dilakukan termasuk pemeriksaan ke atas nombor casis kenderaan berkenaan.

Dalam nahas 11.47 pagi tersebut, lima individu rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas dirempuh sebuah treler. Pemandu treler direman dua hari mulai hari ini.

Difahamkan, maklumat tiga mangsa yang diperoleh setakat ini ialah masing-masing wanita berusia 60 dan 37 tahun serta bayi lelaki berusia setahun.

Kelima-lima mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Selangor untuk menghadiri upacara keagamaan di Taiping.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel