Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kira-kira 792,000 metrik tan baja SBPKP bernilai RM1.35 juta dirampas


Tarikh kemaskini: 08/10/2018





PARIT BUNTAR, 8 Okt (Bernama) – Sebanyak 791,970 metrik tan baja padi di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) bernilai RM1.35 juta dirampas dalam satu serbuan di Taman Pelangi, Jalan Kuala Kurau di sini, hari ini.

Ketua Unit Integriti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Nur Syahidah Chia Abdullah berkata rampasan itu dibuat hasil daripada pengintipan penguatkuasa yang berkaitan sejak enam bulan lepas dan ia serbuan kali ketiga tahun ini.

"Baja itu dikhaskan untuk kegunaan petani, tetapi diselewengkan. Kita juga akan menyiasat kemungkinan berlaku ketirisan di peringkat lain sehingga baja yang diberikan kepada petani diselewengkan," katanya pada sidang akhbar.

Beliau berkata serbuan yang diadakan bermula pukul 9.00 pagi hingga 2.30 petang ini membabitkan 30 anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta MOA.

Menurut Nur Syahidah Chia, siasatan pihaknya juga mendapati premis yang beroperasi sejak tujuh  tahun itu tidak mempunyai lesen pemborong untuk menyimpan baja.

Sementara itu, jurucakap SPRM berkata, seorang lelaki yang juga pemilik premis berumur 49 tahun  ditahan kerana cuba memberi rasuah RM30,000 kepada pegawai KPDNHEP untuk tidak diambil tindakan.

Katanya, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 untuk siasatan dan akan direman di Mahkamah Ipoh, esok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel