Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Martin Yan iktiraf Pulau Pinang sebagai pusat makanan jalanan global


Tarikh kemaskini: 07/10/2018





GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- Seorang Master Chef selebriti Amerika,  Martin Yan hari ini mengiktiraf Pulau Pinang sebagai sebuah pusat makanan jalanan global.  

Yan yang dilahirkan di China merupakan seorang jururunding dan pengajar jurumasak yang amat dihormati , memuji tukang-tukang masak di Pulau Pinang yang terus mengekalkan gaya masakan  jalanan selama lebih seratus tahun.

“Buat sekian lama, mereka masih memasak makanan jalanan, dan itu adalah baik.  Seseorang  hanya mampu berbuat demikian jika mereka memasak makanan dengan sepenuh hati dan minat  untuk  pelanggan. 

“Saya bersetuju sepenuhnya Pulau Pinang dilabel sebagai syurga makanan jalanan,” katanya kepada pemberita selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menutup pertandingan masakan, “Battle of the Chef  2018” di sini hari ini. 

Beliau berkata makanan jalanan adalah unik kerana orang ramai boleh melihat makanan disediakan di hadapan mereka dan menikmatinya dengan segera. 

“Makanan yang disediakan di jalanan dianggap makanan jalanan tetapi jika disediakan di restoran atau hotel ia boleh menjadi makanan “Bertaraf Michelin”, katanya.  

Beliau berkata penyediaan makanan jalanan adalah unik dan ada restoran yang mula  mengguna  pakai  konsep dapur terbuka. 

Sementara itu, Chow berharap Persatuan Jurumasak Pulau Pinang dapat mendapat manfaat daripada  Yan dalam seni kulinari untuk melonjakkan lagi pelancongan berasaskan makanan.

Battle of the Chef yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini adalah edisi ke-17  pertandingan  itu dan acara seterusnya dijangka berlangsung pada 2020.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel