Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPNIN Kedah mohon tambahan 10 Tabika Perpaduan


Tarikh kemaskini: 07/10/2018





PENDANG, 7 Okt (Bernama) -- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kedah memohon penambahan 10 lagi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan di negeri ini bagi menampung permintaan yang tinggi daripada ibu-bapa.

Pengarahnya, Rohai Zahar Nedi berkata, sehingga kini terdapat 107 Tabika Perpaduan yang setiap satu diselia oleh dua orang guru di negeri ini, namun ia belum mencukupi menyebabkan banyak permohonan ibu-bapa untuk menghantar anak mereka ke institusi itu ditolak.

“Permintaan yang kita terima cukup tinggi terutama di kawasan bandar dan kita merasakan perlunya penambahan sekurang-kurangnya 10 Tabika Perpaduan lagi khususnya di Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar disamping mewujudkan satu di Yan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Tabika  Perpaduan  Titi Akar, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional  (Jabatan Perdana Menteri), Mimi Othman Andu.

Justeru, pihakya memohon agar Jabatan Perdana Menteri dapat meluluskan permohonan yang dikemukakan sebelum ini untuk mewujudkan 10 Tabika yang akan melibatkan peruntukkan kira-kira RM1 juta.

Katanya, waktu ini pihaknya sering menolak permohonan setiap kali pengambilan pelajar kerana kuota yang ditetapkan tidak boleh melebihi 35 pelajar berusia empat hingga enam tahun.

 “Kenapa Tabika Perpaduan mendapat sambutan ialah kerana Ibu-bapa yakin dengan sukatan pelajaran   kita yang mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yuran bulanan yang murah serta anak-anak dapat bergaul dengan pelajar daripada kaum-kaum lain.

Guru-guru juga berkualiti dan kita memastikan mereka mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak bagi memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran di Tabika negeri ini mengikut kehendak dan keperluan semasa,” katanya sehingga kini 90 peratus guru Tabika mempunyai kelayakan berkenaan.

Sementara itu, Rohai Zahar berkata sebanyak tiga Tabika Perpaduan di Kedah akan dibaik pulih infrastrukturnya.

Ia melibatkan Tabika Perpaduan Kilang Besar, Tabika Perpaduan Kilang Kechil dan Tabika Perpaduan Titi Akar di sini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel