Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemilihan PKR: Rafizi dahului Azmin di Kelantan


Tarikh kemaskini: 06/10/2018





KOTA BHARU, 5 Okt (Bernama) – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli mendahului pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden sempena pemilihan parti itu bagi peringkat Kelantan yang berlangsung hari ini.

Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com, Mohd Rafizi menang dengan 289 undi selepas memperoleh 5,211 undi berbanding Mohamed Azmin yang menerima 4,922 undi.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa, bagaimanapun berkata keputusan undian dipaparkan di laman sesawang berkenaan berkemungkinan berubah memandangkan terdapat lebih 400 undi meragukan yang hanya akan disahkan dalam tempoh seminggu.

"Keputusan yang dipaparkan di laman sesawang berkenaan adalah sah tetapi masih belum rasmi. Keputusan muktamad hanya selepas peti undi meragukan itu diproses," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Mohd Sukirman berkata Mohd Rafizi mendapat sokongan lapan daripada 14 cabang membabitkan Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Bachok, Machang, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Beliau berkata Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi pula mendapat sokongan enam cabang, masing-masing Ketereh, Tanah Merah, Jeli, Tumpat, Kubang Kerian dan Rantau Panjang.

Dalam perkembangan sama, Mohd Sukirman berkata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Ab Aziz Ab Kadir berjaya mempertahankan kedudukan sebagai Ketua Cabang Ketereh selepas menewaskan pencabarnya, Lukman Hakim Mustapha dengan majoriti 371 undi.

Beliau berkata Ab Aziz mendapat 453 undi berbanding Lukman Hakim yang hanya memperoleh 82 undi.

Katanya sebanyak 43,200 anggota berdaftar layak mengundi, namun hanya lebih 10,000 anggota parti itu yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel