Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peranan guru masa kini sangat mencabar - MB Perak


Tarikh kemaskini: 05/10/2018





IPOH, 5 Okt (Bernama) -- Peranan guru sebagai pendidik pada abad ke-21 begitu mencabar berbanding tugasan guru pada masa lalu, kata Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata jika dahulu ibu bapa menghadiahkan rotan kepada guru sebagai tanda memberi kebenaran kepada pendidik membentuk anak mereka sebaliknya pada masa kini guru sering terdedah kepada kritikan apabila tindakan mendisiplinkan murid ditularkan oleh segelintir ibu bapa tanpa usul periksa.

"Ini menjadikan tugas sebagai pendidik menjadi lebih rumit lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan golongan pelajar yang mempunyai masalah dari segi disiplin. 

"Saya memahami kekangan yang dihadapi kerana cabaran ini menjadikan guru lebih kreatif dalam mencari jalan penyelesaian kerana setiap pelajar adalah unik walaupun ia akan mengambil masa dan komitmen yang lebih daripada biasa," katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Sambutan Hari Guru Sedunia 2018 anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di sini malam ini.

Perayaan Hari Guru Sedunia yang disambut 5 Okt setiap tahun bertujuan mengiktiraf profesion perguruan dan pengorbanan para guru dalam mendidik masyarakat dan disambut selepas sambutan Hari Guru Kebangsaan yang berlangsung pada 16 Mei setiap tahun. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel