Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik


Tarikh kemaskini: 05/10/2018





ALOR SETAR, 5 Okt (Bernama) – Seorang lelaki yang disyaki penagih tegar maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di hadapan Pos Laju, Bakar Arang di Sungai Petani petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tempat tersebut, sebelum kejadian berkenaan dilaporkan kepada polis pada 6.25 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa tiada kad pengenalan dan siasatan lanjut daripada maklumat yang diperoleh, mangsa adalah penagih dadah.

“Ketika di hospital, rakan si mati datang dan ditemu bual (pihak polis) berkaitan si mati, (mangsa) merupakan penagih tegar,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Adzli berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini, dan rakannya itu menghubungi keluarga mangsa untuk pengecaman, yang kemudiannya bapa lelaki itu mengesahkan mangsa ialah anak lelakinya.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel